Koleksi Urban Resort Cara RAEA

Koleksi Urban Resort Cara RAEA

Kelahiran semula rumah fesyen Kitschen, RAEA kini bersedia untuk mempamerkan koleksi terbarunya menerusi persembahan fesyen baru-baru ini. Rekaan terkini pakaian urban resort oleh RAEA, sangat bergaya dan melepasi masa untuk individu yang penuh elegan.

Orang penting disebali RAEA, Chow Tze Fung Managing Director dan Ian Ebrizal Creative Director RAEA menggabungkan unsur romantik dan anggun, sesuai sekali digayakan ketika bercuti. Dengan palet warna yang dipilih penuh teliti yang mewakili kesegaran, terkini, dan unik, RAEA bertujuan untuk memberikan inspirasi keyakinan dan gaya. 

Terinspirasi dari frasa kata ‘Made For Your Journey’, koleksi ini merangkumi sentuhan magis keseserhanaan, sekaligus membenarkan setiap individu menghargai momen dalam mentakrifka?n kehidupan, sambil menonjolkan gaya yang lebih bersahaja.

Busana direka bukan sekadar pakaian untuk disarung, malahan menjadi sebahagian penting dalam perjalanan hidup sipemakai.

Pertunjukan fesyen RAEA telah berlangsung November lala di Grey Box, GMBB. RAEA bakal menemui anda di 1Utama dan konser pop-up di Mid Valley Megamall. RAEA adalah sebumbung dengan butik besar seperti NichiiDressing Paula, dan Marry Merry

https://www.marinimz.com/blog/koleksi-urban-resort-cara-raea/

← Older Post Newer Post →